..agak-agak xsuka lagu ganas2 leylaa click speaker yg kt ats 2 tuk off dat song n play lak diz song yg agk lembut cket..hehe~
..layanz laa beb..huu~
^(Melly Goeslow-Tanyakan pada Rumput Yang Bergoyang)^
^(Nera Af9-kasihku milikmu)^
^(sekali lagi ost)^

..desu Noo-to..

.. world of da dead soul of a gurl..enjoy~ v(^,~) ..hee~

omoshiroi no koto de~..

Friday, November 15, 2013

kalau aku kaya..ehek

'walau sejutawan mane,
kau takkan mampu beli satu semesta..'

uwaa,isu mini cooper,tokey ayam,ayam dan sekerabat dengannya..huuu, hangat btol..lek2 jler der,duet dier~huhu,emm,ley encourage famly aq jd tokey sate AYAM je laa pas nie..hehehe.. mansuhkan lembu dan kambing..huu..

Ps:ayt xcilok,maaplaa klo pernah wujud dmne2..huu

hilang arah

'menu arini?
emm,

nasi?
malas..

buka kabinet,
megi?
tekak tak kenan,

buka petiais?
kosong,

buka pintu,
menderu memecut laju..
eh,aku nak buat apa sebenarnya tadi?

laa, sekarang nak kemana ni?'

-EndYearVacation, home-
^^  I'amNani

janji?

'dia sudah dewasa,
menjadi gadis jelita,
ayu, tinggi, mulus, manis senyumnya,
menjadi igau angau sang jaka,
 
tapi heyy!
kau masih lagi anak kecil,
yang tidak mengerti satu satu benda!
memang bukan semua..

telah kuceritakan segalanya,
tentang amarah dunia,
tapi kau masih tidak percaya,
malah mentertawakanku kerna tidak alami apa yang kau rasa,

huh,
ternyata,kau masih muda,
perlu pengalaman tuk hadam segala..
 
baiklah,
akanku lepaskanmu jua pada dunia,
janji jaga diri supaya tidak terluka,
tetapi bila kalau terluka tanpa disengaja,
bukan datang padaku tuk adu domba,
 
tapi kembalilah padaNya..
kerna pasti plaster tersedia.

janji?'

-janji, I'amNani-
 兄弟の約束。 14nov13

sendu sila pergi

'sangat terusik,
diam,
pekak,
bisik,

pusing badan,
hadap selat tebrau,

senyum,

kerdip,
celik,
 
kejap,
apa ni yang mengalir dipipi?

tangis!
 
tolong sendu,
tolong jangan hadir..'

-memori, I'amNani-
^^  14nov13

senandung hiba

'kau bersenandung lagu duka,
buat apa?
kau yang sendiri menyisih diri,
menolak kasih yang ditawarkan sebelum ini,

bukan?

bukan satu,
tapi banyak kali,

alasannya,

maaf,hatiku terkunci,
berada dibahagian mana
 pun aku tak pasti'

-senandung hiba, I'amNani-
14nov13

diam diri

enggan mengenal,
kekal menyisih..
dia membiar tetap pada kata,
baik menghindar, drpd mengubati..
tp bukan ke pengalaman yg bnyk mengajar erti..?

perli.sindir.sinis

aku kenal kutukan dan sindiran bagaimana,
ejekan dan ajukan juga bagaimana rupa..

otak kau mungkin tinggi letaknya,
tapi hakikatnya,
Janji tidak dikota,
Hati disekeliling tak dijaga..

mungkin buruknya aq pasti sudah dicanang merata~

haha,
Aku tak kesah,kala soalan yg sama ditanya,
"nk kata kau sudah berubahlaa nie ke?"
kerana jawapan aku pastinya..

"insyaAllah.."
dgn nada yang bergetar,
Sebab aku tak berani berjanji,
takot termungkiri,
bukan sesame sndri,
tetapi janji dengan Illahi..

..dan kemudiannya aku kata pada hati..memujuk diri,
"..segalanya ada hikmah pasti~..."
;'(

nawaitumu

'bak delima juga yang diangkat,
dikala sang kusam tersisih,

jgn kata berseri,
kalau hatinya Nauzubillah zalim tak terperi,

jgn kata aku yang dihati,
jikalau niatmu menyayangiku itu bukan kerna Illahi..

satu persatu hikmah terbuka,
dua kali dua tercerna maknanya..
tiga kali tiga ternyata mengajar erti suka duka..'

-27Oct2013-

persoalan yang tidak terungkai

fikirnya aku cuma begini,
usah diangkat kehebatan dri,
ianya sementara pasti,
cuma satu,
pertikaikan dalam hati,
adakah iman bertambah atau semakin sepi?  

layar perak dalam diri

'tiap hari layar perak meniti dlm memori,
sabarlah wahai sanubari,
takdir dan ujian dariNya kali..
dan tiap kali itu jua,
tersisip dlm hati..
segala rasa teruk
yang takkan pernah mati!
melainkan jika roh disambut kembali
ampunilah aq,yaa Illahi..'

-23Oct13-

akan sentiasa dan s3lamanya ada..

'..insyaAllah,jika Dia berkehendakkan begitu..
aq redha..
sribu 1 kata hati tdk ddengaq dan
tidak kumengharapkn manusia tuk mendengaqnye,
cukuplah Allah ada bagiku,Dia ada untukku!..'
^^

Gaul campur aduk dr ayat kak MJ jugak(baris ayat terakhir)..uhuk,thanx..

bungkam dan bait indah

"aku bungkam dalam ketidakupayaan.."
Kata yang sama muncul..
Bait indah meruntun kalbu dan sanubari..
"Dengan hati yang ikhlas,
Hati yang sentiasa mengingati Allah,
Langit yang runtuh pun ,
Kau takkan takut!"-MJ,MYPI-

Banjir,memang banjir aq tika itu.. ;'(

kebenaran

pengakhiran yg sempurna,
tanpa kata nista dan dusta..
ternyata, ianya benar,
samaada kau terima atau tolak,
nafi atau paling..

kengkadang trase dibengisi,
walhal disayangi,
tidak trase kasih dijulang,
mungkin hati yang kekang,
supaya sayang menjadi tidak terketerlaluan..
biar saja yg bertakhta itu cuma Tuhan!
walau diri sdg merangkak perlahan....

-12Oct13-

smerenganku kejap..huu


Kpoppers or jpoppers?well,i choose "it's me!"
Ahax..
sedikit demi sedikit merah m maroon mencelah dan menyerlah,tidakkah sang violet marah?kuning stay away pls,and grey,u are welcome~but pink!where r u??!!emm
*theme block katenye?jpop@kpop ni?huhu 
..zzz

-27Sept&6Oct2013-

irama dan lagu

'Laksana primadona dunia kau tarikannya,

bersimpuh aduh,

berdiri teguh,

berdiam luluh..

lenggok santun,bukan dangdut..

tampak kemas ikut rentak,

ini irama!
bukan paluan!

yang  di-bentak,
hentak,
hayun,
palu!

Sentak! '

-5oct'13-

rencah megi kariku

krisis yg melanda,
tiada ruang buat sang penglipurlara..
cedok sedikit rasa bahagia yg lama,
jd rencah arini dan esok lusa..

ternyata tawar hambar dan pudar..

-2oct'13-

gayung dan baldi

tidak diendah,
lu sapa dia sapa?
diam dan biarkan ajaa
tak malukah da gayanya umpama prigi mencari timba..?

-5sept-

*motivasi arini..okbai,final words 4 ya..thanx (^,~) daa,assalamualaikum..

rentak kehidupan

'ok,naah,

jalan sebelah menyebelah
kita mampu mengekor rentak langkahnya

tarian juga sama,
mampu ekor alun iramanya..

tapi kalau rentak kehidupan
pula bagaimana?
ada pasang naik surutnya..
pastikah kau?
jikalau ikut begini begitu ronggengnya
akan jadi begitu begini lenggoknya?

hehe,jangan terlalu yakin dan pasti,
selitkan sedikit kemusykilan di hati
Lainlah kalau kau yakin
Ianya petunjuk dari Illahi..'

..iklan sebentar..